Ustaz Hj. Faizal

Ustaz Hj. Mohd Faizal
Bin Zainal Abidin
Pengarah Urusan/Pengasas
Berpengalaman Luas di Dalam Pengurusan dan Operasi Umrah & Haji Serta Pelancongan Islamik
Ust. Hj. Mohd Faizal Bin Zainal Abidin adalah seorang pengarah yang bukan sahaja berwibawa tetapi juga memiliki kredibiliti yang tinggi dalam menguruskan pelancongan Islam terutamanya dalam pengurusan dan operasi Haji dan Umrah. Beliau berpengalaman dan berdedikasi luar biasa yang sememangnya menjadi inspirasi dalam industri pelancongan Islam. Bermula dengan pendidikan dalam Pengurusan dan Perkhidmatan, beliau memperhalusi keahliannya melalui program Pengurusan Profesional Mutawwif di KUIS, Bangi. Pada tahun 2012, Felda Travel telah menawarkan untuk berkhidmat dibahagian Umrah dan Haji serta peranan penting dalam bimbingan, pengurusan jualan dan menjadi rujukan dalam ibadah Umrah. Di sinilah beliau menguasai aspek dokumentasi dan pengurusan jemaah.
Kemahiran ini semakin berkembang ke peringkat seterusnya sewaktu beliau ditawarkan sebagai Ketua Operasi diBahagian Umrah & Haji Bersama Rakyat Travel & Tours, di mana beliau berkebolehan menguruskan pelbagai keperluan operasi seperti visa (Umrah/Haji/Pelancong/’Business’, pengurusan tiket penerbangan, hotel, kewangan, pengangkutan serta memimpin jemaah sebagai ketua rombongan dan mutawwif.
Bermula tahun 2018 hingga 2022, beliau menaiktaraf kreadibitinya sebagai Penasihat Bebas untuk Annur World Resources dan memberi khidmat kepada pelbagai agensi lain, di samping terus berkhidmat sebagai mutawwif. Pada tahun 2022, beliau menubuhkan Annur Safina Travel & Services Sdn Bhd – yang menawarkan perkhidmatan Umrah, Haji dan pelancongan Islam sebagai pilihan untuk memudahkan perjalanan ibadah dengan tenang dan aman.
Di bawah kepimpinan beliau, Annur Safina Travel & Services Sdn Bhd melangkah dengan efisien dengan mengadakan program-program berkaitan Umrah dan Haji yang mendalam serta pakej Islamic Tours yang dirancang dengan ketelitian. Komitmen, pengalaman, dan kepakaran Ust. Hj. Mohd Faizal dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta membina reputasi beliau diantara pemain dalam industri pelancongan Islamik dan khususnya dalam pengurusan ibadah Haji dan Umrah.
Komitmen beliau terhadap perkhidmatan yang baik dan pemahaman mendalam mengenai keperluan perjalanan rohani menjadikan beliau seorang yang sangat disenangi oleh semua pelanggan.